Friday, March 28, 2014

Kebaikan jalan raya tidak rata

Erm... Bagi masa jap nak pk apa yg baik kalau jalan raya tidak rata. Rasanya tiada perkara yg baik. Semuanya negatif. Baik sekecil-kecil jalan kampung sampai sebesar-besar lebuhraya. Nampak je lubang mula la bwk keta mcm ular kena palu. Nak elak lubang punya pasal. Orang belakang ikut pun sama jugak.

Kalau dah ada jalan berturap, bermakna ada pihak yang bina, bermakna kerja itu dibayar, bermakna jalan itu hendaklah sentiasa dikawalselia, bermakna pemantauan perlu dijalankan, bermakna jalan perlu dibaiki sekiranya berlaku kerosakan, bermakna setiap jalan perlu dipacakkan papan tanda aduan kerosakan. Kalau dah ada papan tanda, mudah orang awam nak buat aduan.

Cuba bawak kereta letak botol air mineral separuh penuh, berkocak air dalam botol tu. Macam tulah hakikat jalan. Mana ada yang rata. Tapi bukan semua jalan tak rata ye...

No comments:

Post a Comment