Tuesday, August 12, 2014

Inner bawal dan lapik dagu instant

Assalamualaikum WBT,

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Dengan ini, saya reka inner bawal supaya dapat menutup bahagian leher. Idea asal adalah syria, tapi memandangkan syria menggunakan material lycra, saya tukar kepada cotton lycra. Material yang sejuk dan selesa untuk pemakaian seharian. Rekabentuk lengkungan dibahagian bawah dagu direka supaya selaras dengan bentuk bawah leher, sekaligus menutup bawah dagu.


Bila kita tengok cermin, apa yang kita nampak adalah bahagian depan sahaja, tapi yang belakang, orang lain yang nampak. Sebelum ditegur, beringatlah. Penggunaan inner bawal ni tidak terhad kepada bawal sahaja, apa-apa tudung yang nipis boleh dipadankan. Yang penting, tutup aurat. Saya sendiri yang menggunakan inner ini rasa lebih selesa berbanding hanya mengenakan anak tudung biasa. 


Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia WAJIB DITUTUP.



Penggunaan lapik dagu tidak terhad kepada shawl sahaja, tetapi meliputi mana-mana tudung yang dipakai muslimah. Tudung sarung, tudung labuh, macam-macam nama zaman sekarang. Apapun, yang penting tutup aurat. Semahal-mahal tudung, mahal lagi aurat seorang muslimah. Aurat muslimah bukan untuk dibalut mahupun didedah, tetapi untuk ditutup untuk melindungi maruah.



Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, 
maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment