Wednesday, February 10, 2016

cara saya urus dan simpan EBM semasa berpantang

hasil mengepam sepanjang berpantang. mari saya kongsikan caranya...

mula-mula sekali kenalah mula dari awal. seawal mana? saya mula lepas genap 2 minggu. kiranya masa tu baby dah lepas gap demam kuning dan mommy dah start makan variasi. 2 minggu pertama menu cuma nasi panas, ikan bakar dan ulam-ulaman. bersabarlah sepanjang 2 minggu je. 

persediaan untuk buat stok susu
1. mestilah pam double elektrik-lacte duet
2. freemie-pastikan pam anda freemie friendly
3. storage bottle-1 kotak sudah memadai
4. storage bag-setakat ni setia pada autumn 7oz, paling murah rm10 (belian pukal)
5. sterilizer
6. sabun pencuci botol, berus, drying rack dsb
*sila sedia sebelum bersalin 

nak beli sekaligus @ sikit-sikit, terpulang pada bajet dan offer. ilmu tentang EBM pun kena ada juga. dah banyak orang share. kira khatam la ye. sbb point post ni nak share cara urus dan simpan EBM. 

bismillah...

pertama sekali kena steril semua barang keperluan dahulu. bagi kering. set.
kemudian kena ada jadual, mcm saya buat 3 jam sekali. pam ikut jadual, bila ada freemie senang nak multi-tasking. katakanlah, tengah pam baby nangis, boleh pilih nak stop SEBELAH dan direct feed atau standby 1 botol EBM siap-siap (tak kacau hasil tuaian).

habis 1 sesi, tengok hasil banyak mana. cara saya kalau lebih 3 oz, terus masuk 3 oz tadi dalam storage bag. keluarkan udara. frozen terus. baki EBM simpan dalam botol dan letak kat fridge bawah. sbb nak campur dgn baki sesi akan datang. malam sebelum tidur, satukan baki tadi dan cuci-cuci alat mengepam dan botol-botol. esok, repeat rutin tadi. pam-simpan-cuci. 

cuti bersalin 3 bulan. target 6 bulan untuk susu ibu sepenuhnya. maknanya lagi 3 bulan stok kena ada. mengikut bacaan, baby sekali minum pada usia 3 bulan 3 oz, 4 bulan 4 oz, 5 bulan 5 oz dan seterusnya. perkiraannya:-

1 hari 2 bag.
1 minggu 5 hari.
1 bulan 4 minggu.
makanya, untuk 1 bulan kena ada 40 bag.

cukup 10 bag masuk dalam 1 plastik, susun zig zag. balut lawa-lawa pastu label. ingat konsep first in first out. catat pula dalam buku log. senang nak trace bila nak keluarkan stok.  cukup 40 bag 3 oz, buat pulak 40 bag 4 oz. sekarang ni tengah maintain 5 oz sahaja. sebelum naik kerja, susun stok siap-siap. tu yang jadi pic cmni. 

storage bag setakat ni dah masuk kotak ke-16. apa yang penting kena banyak minum air masak dan makan makanan yang tinggi sumber protein. ilmu ini saya perolehi dari coach asiah maharam. beli e-book dah memadai, x sempat nak pergi seminar. alhamdulillah, rezeki baby sentiasa ada. 


Monday, December 15, 2014

INES

Anti tembam
Anti lorot
Anti dedah
Anti cekik
Paling penting material cotton lycra yg sejuk dan menyerap peluh.

Wednesday, November 26, 2014

Tuesday, October 21, 2014

Cara nak hentikan langganan content provider

Content provider? Amende tu?

Pernah tak tiba-tiba anda akan dapat SMS merapu setiap hari? Bila masa lak aku langgan mende nih? Tau-tau kredit dah abes, bil melambung. Jangan pening. Meh saya bitau. Senang aje.

Reply STOP dan hantar balik ke no 5 digit td.

Dalam beberapa saat akan dapat SMS servis telah ditamatkan. Kalau x sure, blh cek penyata bil.

STOP. Itu keyword dia. Jgn pg hantar mende lain lak ye. Letak titik ke tanda seruan ke. Takmau takmau takmau.

STOP

STOP

STOP

Monday, October 20, 2014

Tutorial bracelet pandora

Hari ni nak kongsi ilmu manik. Harapnya ilmu ini memberi manfaat kpd anda. Enjoy!!!
Manik bulat saiz 12, pearl saiz 6mm

Friday, September 12, 2014

Tutorial pasang kepala mesin basuh

Menyahut pertolongan teman yg memerlukan bantuan memasang kepala paip. Ini berdasarkan sedikit pengetahuan tentang perpaipan. Tengah-tengah malam snap gambar. Sila abaikan latar belakang bersepah. Tak sempat nak green day.

Tuesday, August 12, 2014

Inner bawal dan lapik dagu instant

Assalamualaikum WBT,

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Dengan ini, saya reka inner bawal supaya dapat menutup bahagian leher. Idea asal adalah syria, tapi memandangkan syria menggunakan material lycra, saya tukar kepada cotton lycra. Material yang sejuk dan selesa untuk pemakaian seharian. Rekabentuk lengkungan dibahagian bawah dagu direka supaya selaras dengan bentuk bawah leher, sekaligus menutup bawah dagu.


Bila kita tengok cermin, apa yang kita nampak adalah bahagian depan sahaja, tapi yang belakang, orang lain yang nampak. Sebelum ditegur, beringatlah. Penggunaan inner bawal ni tidak terhad kepada bawal sahaja, apa-apa tudung yang nipis boleh dipadankan. Yang penting, tutup aurat. Saya sendiri yang menggunakan inner ini rasa lebih selesa berbanding hanya mengenakan anak tudung biasa. 


Dagu wanita tidak termasuk di dalam aurat, bahagian bawah dagu wanita adalah TERMASUK AURAT yang wajib ditutup. Ini kerana bahagian tersebut tidak termasuk dari batas-batas wajah yang boleh dibuka. al-Syirazi berkata:

والوجه ما بين منابت شعر الرأس إلى الذقن ومنتهى اللحيين طولاً، ومن الأذن إلى الأذن عرضاً

Maksudnya: “Dan wajah itu apa yang ada diantara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke dagu dan hujung kedua-dua rahang, secara panjang. Lebarnya pula dari telinga hingga ke telingan satu lagi.”

Kata al-Nawawi di dalam al-Majmu’ ketika memberi komentar kepada perkataan al-Syirazi ini:

هذا الذي ذكره المصنف في حد الوجه هو الصواب الذي عليه الأصحاب ونص عليه الشافعي رحمه الله في الأم

Maksudnya: “Yang disebut oleh penulis (al-Syirazi) tentang batas wajah, ianya benar seperti pandangan al-Ashab, dan telah dinyatakan perkara ini oleh al-Syafie RH di dalam kitabnya al-Umm.”

Berdasarkan kenyataan ini, sekali lagi dinyatakan bahawa bahagian bawah dagu TIDAK TERMASUK WAJAH, oleh kerana itu ia WAJIB DITUTUP.



Penggunaan lapik dagu tidak terhad kepada shawl sahaja, tetapi meliputi mana-mana tudung yang dipakai muslimah. Tudung sarung, tudung labuh, macam-macam nama zaman sekarang. Apapun, yang penting tutup aurat. Semahal-mahal tudung, mahal lagi aurat seorang muslimah. Aurat muslimah bukan untuk dibalut mahupun didedah, tetapi untuk ditutup untuk melindungi maruah.



Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, 
maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

Saturday, July 26, 2014

Tempahan shawl butterfly

Tempahan dari seorang junior. Asalnya mahu re-do blaus. Kemudian mahu tempahan shawl siap manik ala jenama A. Sy ambil cabaran dan terhasil shawl ini. Beading bracelet embroidery sepanjang 8". Alhamdulillah dia berpuas hati.