hasil mengepam sepanjang berpantang. mari saya kongsikan caranya...
mula-mula sekali kenalah mula dari awal. seawal mana? saya mula lepas genap 2 minggu. kiranya masa tu baby dah lepas gap demam kuning dan mommy dah start makan variasi. 2 minggu pertama menu cuma nasi panas, ikan bakar dan ulam-ulaman. bersabarlah sepanjang 2 minggu je.
persediaan untuk buat stok susu
1. mestilah pam double elektrik-lacte duet
2. freemie-pastikan pam anda freemie friendly
3. storage bottle-1 kotak sudah memadai
4. storage bag-setakat ni setia pada autumn 7oz, paling murah rm10 (belian pukal)
5. sterilizer
6. sabun pencuci botol, berus, drying rack dsb
*sila sedia sebelum bersalin
nak beli sekaligus @ sikit-sikit, terpulang pada bajet dan offer. ilmu tentang EBM pun kena ada juga. dah banyak orang share. kira khatam la ye. sbb point post ni nak share cara urus dan simpan EBM.
bismillah...
pertama sekali kena steril semua barang keperluan dahulu. bagi kering. set.
kemudian kena ada jadual, mcm saya buat 3 jam sekali. pam ikut jadual, bila ada freemie senang nak multi-tasking. katakanlah, tengah pam baby nangis, boleh pilih nak stop SEBELAH dan direct feed atau standby 1 botol EBM siap-siap (tak kacau hasil tuaian).
habis 1 sesi, tengok hasil banyak mana. cara saya kalau lebih 3 oz, terus masuk 3 oz tadi dalam storage bag. keluarkan udara. frozen terus. baki EBM simpan dalam botol dan letak kat fridge bawah. sbb nak campur dgn baki sesi akan datang. malam sebelum tidur, satukan baki tadi dan cuci-cuci alat mengepam dan botol-botol. esok, repeat rutin tadi. pam-simpan-cuci.
cuti bersalin 3 bulan. target 6 bulan untuk susu ibu sepenuhnya. maknanya lagi 3 bulan stok kena ada. mengikut bacaan, baby sekali minum pada usia 3 bulan 3 oz, 4 bulan 4 oz, 5 bulan 5 oz dan seterusnya. perkiraannya:-
1 hari 2 bag.
1 minggu 5 hari.
1 bulan 4 minggu.
makanya, untuk 1 bulan kena ada 40 bag.
cukup 10 bag masuk dalam 1 plastik, susun zig zag. balut lawa-lawa pastu label. ingat konsep first in first out. catat pula dalam buku log. senang nak trace bila nak keluarkan stok. cukup 40 bag 3 oz, buat pulak 40 bag 4 oz. sekarang ni tengah maintain 5 oz sahaja. sebelum naik kerja, susun stok siap-siap. tu yang jadi pic cmni.
storage bag setakat ni dah masuk kotak ke-16. apa yang penting kena banyak minum air masak dan makan makanan yang tinggi sumber protein. ilmu ini saya perolehi dari coach asiah maharam. beli e-book dah memadai, x sempat nak pergi seminar. alhamdulillah, rezeki baby sentiasa ada.
No comments:
Post a Comment