Gambar sekitar karnival. Punya la banyak anjing dibawa bersiar2 dlm ruang pameran. Ada yg didukung, dikendong, disorong mahupun dituntun tuan. Yang masuk pertandingan pun ada mcm2 baka. Pertama kali tgk anjing yg lg besar dr tuannya. Bapok le beso. Kusss semangat.
Singgah booth demi booth x jumpa plak royal canine. Kalo ada mmg nak borong cereal anak2 bulu. Beli pun toy dgn sticker kereta SCRATCH. Mana la nak cari sticker yg cute2 tertera CATLOVER INSIDE. Bajet kiut la tu.
Ada juga jualan produk dan binatang lain mcm ikan guppy, sugar glider, arnab. Baka kucing dan anjing yg cantik mencecah ribuan ringgit ada dijual sama tp tidak kurang diberi percuma kerana diselamatkan di jalanan oleh insan berhati emas.
Walaupun jarang sekali digembar gemburkan dalam media massa, rupanya sudah banyak pihak yg mengambil langkah proaktif utk melindungi haiwan terbiar namun faktor kekurangan dana amatlah kritikal. Oleh itu sumbangan dari orang awam yg sudi tampil memberi bantuan amat dihargai.
Sedih rasa melihat mata si bulus yg minta simpati menumpang secebis kasih syg dr manusia yg prihatin.
No comments:
Post a Comment